top of page
3d-animation-malaysia-flag-realistic-malaysia-flag-waving-wind.jpg

MATLAMAT

Silat sebagai keagungan dan asas ketahanan nasional yang kukuh dengan ahli-ahlinya yang bermaruah, bersatupadu, sihat dan berdisiplin.

3.jpg

DASAR

Bergerak sebagai badan sukarela dengan berasaskan persaudaraan, saling menghormati dan tidak membeza-bezakan masalah kaum.

 

Kegiatan adalah bercorak non-politik.

 

Berusaha dan bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang sah samada di dalam atau di luar negara demi pengembangan, kemajuan dan peningkatan mutu dan maruah silat.

 

Ikhlas, berakhlak dan budi pekerti mulia adalah teras kepada perjalanan PESAKA.

 

Bergerak di atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan ke arah pencapaian Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

TUJUAN

Menyatupadu dan mengeratkan hubungan semua badan-badan silat serta pesilat setanah air.

 

Bertindak sebagai badan yang memperjuangkan silat, perunding, penyelaras dan penasihat dalam hal ehwal persilatan.

Memelihara dan mempertahankan silat sebagai salah satu seni budaya bangsa Malaysia.

 

Meningkat, memajukan, membangunkan dan mengembangkan silat di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

 

Memimpin ahli-ahli dengan menanamkan semangat waja ke arah satu masyarakat yang sihat, bersatu, bermuafakat dan berbudi luhur.

 

Mewakili perguruan-perguruan silat dalam hubungan dengan kerajaan, Badan-badan Tempatan dan Badan-badan Antarabangsa yang bersangkut paut dengan kepentingan silat.

4.jpg

ARAH TUJU:

Aktiviti Silat telah dibahagikan kepada 2 bidang yang masing masing mempunyai tujuan dan kumpulan sasar yang ada perbezaannya.

2.jpg

Arah Tuju Pertama

Silat Seni Budaya dan Warisan

Silat Seni Budaya dan Warisan bermaksud Silat yang wujud, diwarisi dan dikembangkan dengan kepelbagaian keaslian gerak, teknik dan unsur-unsur mengikut aliran perguruan masing-masing.

 

Elemen penting yang ada didalm sesebuah silat yang dikatakan sebagai seni, budaya dan diwarisi ini ialah:-

 

  1.  Mempunyai Sejarah  dan Salasiah dan Struktur Organisasi tersendiri

  2. Mempunyai Falsafah, Tujuan dan Matlamat tersendiri mengikut aliran perguruan.

  3. Asas Pergerakan, Buah Pukulan, Kuncian, Bunga Tari Permainan Senjata dan Jurus yang mengikut aliran perguruan.

  4. Mempunyai Adat, Istiadat dan Protokol tersendiri mengikut aliran perguruan.

 

Di Malaysia  direkodkan hampir 464 jenis aliran atau perguruan silat asli yang direkodkan.

5.jpeg

Arah Tuju Kedua

Silat Olahraga.

Silat Olahraga bermaksud silat yang diolah untuk dijadikan sebagai sukan dan dipertandingkan. Sukan Silat Olahraga mempunyai sistem dan silibus mengikut kaedah-kaedah dan peraturan tertentu yang telah ditetap dan diseragamkan bagi tujuan pertandingan. Sukan ini juga diwujudkan bagi memenuhi kriteria dan konsep kesukanan agar penyertaannya lebih menyeluruh tanpa mengira ras, jantina, bangsa, agama dan negara.

​

  1. Mempunyai Sistem dan Silibus mengikut kaedah-kaedah dan peraturan pertandingan yang telah ditetapkan dan diseragamkan.

  2. Mempunyai Struktur Organisasi (Kejurulatihan / Pegawai Teknikal /Pertandingan), tujuan dan Matlamat yang sama seperti mana sukan-sukan lain.

  3. Mempunyai satu tujuan iaitu mencari pemenang.

bottom of page