top of page
PESAKA-LOGO-scale.png

PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA

(PESAKA)

(Reg. No.: 0460/98)

Tarikh Pendaftaran Rasmi:

24hb. September 1983

Badan Pendiri:

Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Cekak Malaysia dan Seni Silat Lincah Malaysia. 

Email:

Alamat:

Suite 1-57, Jalan Prima SG 3/1, Prima Sri Gombak 68100 Gombak, Selangor

LATAR BELAKANG

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia atau singkatannnya  PESAKA telah diilhamkan penubuhannya sejak tahun1974. Pertemuan guru-guru silat pada 1 Mac 1975 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur adalah titik permulaan usaha tersebut. Dahulunya dikenali dengan nama Majlis Silat Negara, organisasi ini secara rasminya diluluskan pendaftarannnya pada 24hb. September 1983. Dalam usaha mewujudkan satu organisasi persilatan di Malaysia pada ketika itu terdapat 4 pertubuhan peringkat Malaysia iaitu Seni Silat Lincah Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Seni Gayung Fatani Malaysia dan Silat Seni Cekak Malaysia berserta 16 buah PESAKA Negeri (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah, Labuan dan Putrajaya) yang bergabung. Kini dianggarkan seramai 4 juta keahlian silat di seluruh Malaysia.

SEJARAH PENUBUHAN

6hb, Februari 1978

24hb. September 1979

11hb. Mac 1980

21hb. Mei 1986

Pada 6hb, Februari 1978, Kementerian Kebudayaan dan Sukan Malaysia (KKBS) telah mengadakan pertemuan antara empat organisasi silat yaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Lincah Malaysia dan Seni Silat Cekak Malaysia yang bertujuan untuk menyusun upaya ke arah mendirikan organisasi silat di Malaysia yang dinamakan Dewan Seni Silat Malaysia. Antara mereka yang hadir untuk tujuan tersebut adalah:

​

1. YB. Datuk Saadon Noh - Ketua

2. Datuk Meor Abd. Rahman - PSS Gayung Malaysia

3. En. Mohd Razali - PSS Gayung Malaysia

4. Cik Umi Kalsom - PSS Gayung Malaysia

5. Tuan Hj. Omar Din - PSS Lincah Malaysia

6. Dr. HN, Lubis - PSS Lincah Malaysia

7. Tuan Hj. Ismail - PSS Lincah Malaysia

8. En. Diman Hassan - PSS Lincah Malaysia

9. Ustaz Hanafi Bin Hj. Ahmad - PSS Cekak Malaysia

10. En. Amruddin Bin Buang - PSS Cekak Malaysia

11. En. Anuar Abd. Wahab - PSS Gayung Fatani Malaysia

12. En. Suhaimi Khalis Ishak - PSS Gayung Fatani Malaysia

13. En. Mohd Ibrahim - KKBS

14. En. Supiat Mukri - KKBS

15. En. Zainal Abidin Abu Zarin - Seketariat

Dewan memutuskan menerima kebijakan untuk menentukan konsep dan struktur organisasi silat yang dapat menerima manfaat kepada silat, rakyat dan negara. Mesyuarat menerima konsep menciptakan organisasi silat di peringkat negeri-negeri yang disediakan oleh bahagian Kebudayaan KKBS. Dalam kertas kerja KKBS bertajuk

"SENI SILAT KE ARAH MENUBUHKAN MAJLIS SENI SILAT MALAYSIA DAN PERSATUAN SENI SILAT NEGERI"yangmewakili silat peringkat negeri menyebutkan bahwa,

"Seni silat terkenal sebagai suatu gaya seni pertahankan diri orang-orang Melayu di wilayah ini, warisan moyang ratusan tahun sebelumnya dan menjadi satu kemegahan masyarakat Melayu khususnya di Malaysia."

Berdasarkan data pada tahun 1975 (KKBS), jenis dan kelompok silat dalam tiap-tiap negeri di Malaysia sekitar 464 kelompok silat yang merangkumi 265 jenis dan lebih dari 100,000 orang ahli di setiap negeri di negara ini. Sehingga tahun 1977 tidak ada satu rancangan khusus bagi pergerakan kegiatan silat dalam di setiap negara tersebut, melainkan atas usaha pertubuhan atau persatuan silat itu sendiri. Pendirian KKBS ketika itu mengakui semua jenis silat terlepas dari jenis dan sifatnya serta mendukung segala kegiatan pertubuhan silat selagi memberi manfaat kepada masyarakat, tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

Hasrat mendirikan Dewan Seni Silat Malaysia telah berjaya dan ditukarkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Perubahan nama tersebut adalah efek pengaruh pembentukan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengakui Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT

PESAKA Malaysia dengan rasmi diakui sebagai menjadi anggota pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) yang terdaftar pada didirikan 11hb. Mac 1980 di Jakarta Indonesia.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia) telah didirikan pada 24hb. September 1983 dan disahkan pendaftarannya pada 21hb. Mei 1986.

Kertas Kerja Pembentukan Dewan Seni Silat Malaysia

Untuk memudahkan pentadbiran silat satu definisi silat disarankan dalam tulisan itu iaitu setiap silat, gayung atau seni bela diri orang Melayu yang memiliki sifat-sifat fizikal ke arah pembangunan otot yang terdiri dari gerak dan langkah yang memberi tujuan kecepatan, kekuatan keterampilan koordinasi gerak maksud mempertahankan diri baik dengan menggunakan musik atau tidak dalam latihan, bersenjata atau tidak, bercorak silat pulut, pukulan atau memiliki latihan jasmani secara body-contact atau tidak insentif dalam latihan.


 

Dari pendapat umum melalui percakapan dan ucapan-ucapan resmi para menteri dan pembesar Negara di dewan tentang silat menyatakan perlunya dibentuk satu badan yang bertanggung jawab mengenai urusan silat. Silat Melayu boleh mencapai taraf antarabangsa jika ada usaha bersama dari organisasi silat Melayu. Selama ini silat telah menarik minat golongan yang dianggap sampah masyarakat atau pemuda yang rosak jiwa atau liar yang sukar dibentuk meninggalkan pekara-pekara yang tidak elok seperti gejala sosial. Silat dapat mendidik jiwa anak-anak muda. Dari jumlah keanggotaan silat pada saat itu sudah cukup kuat untuk mengembangkan semangat berdikari di bidang ekonomi yang kukuh. Silat harus bersikap bertanggungjawab menguatkan keamanan di dalam negara dengan membenteras pengaruh negatif atau musuh yang selalu mencari peluang untuk memecahkan penyatuan Negara, merendahkan bangsa, agama dan Negara.


 

Pembentukan Dewan Seni Silat Malaysia adalah bertujuan ke arah menentukan pelaksanaan pentadbiran silat melalui satu badan gabungan yang menjaga serta mengawal kepentingan silat. Selain menciptakan budaya yang sihat di antara pelbagai jenis dan sifat silat.

3d-animation-malaysia-flag-realistic-malaysia-flag-waving-wind.jpg

Pendirian PESAKA Malaysia

Hasrat mendirikan Dewan Seni Silat Malaysia telah berjaya dan ditukarkan kepada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia). Perubahan nama tersebut adalah efek pengaruh pembentukan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 24hb. September 1979 yang mengakui Malaysia sebagai anggota pendiri PERSILAT di mana Malaysia, Singapura, dan Brunei merupakan Negara yang banyak terdapat aliran silat yang memiliki asal usul dan badan induk di Indonesia.Namun Malaysia tetap dianggap sebagai Negara pewaris silat.


 

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA Malaysia) telah didirikan pada 24hb. September 1983 dan disahkan pendaftarannya pada 21hb. Mei 1986. Tujuannya secara singkat adalah untuk mengembangkan, meningkatkan, mempersatukan dan mengeratkan hubungan semua badan silat, memperjuangkan, memelihara dan mempertahankan silat sebagai seni budaya Malaysia. Memimpin dan menanamkan semangat waja menuju masyarakat yang sehat, bersatu, bermuafakat dan berbudi luhur.Mewakili perguruan silat dengan kerajaan, badan-badan antarabngsa yang bersangkutan dengan kepentingan silat. Tujuan adalah silat sebagai keagungan dan dasar kekuatan nasional yang kukuh dengan anggotanya yang bermartabat, bersatu, sehat dan disiplin.


 

Silat telah disatukan di bawah satu organisasi peringkat nasional dengan empat perguruan diakui sebagai badan pendiri iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayung Malaysia, Seni Silat Cekak Malaysia dan Seni Silat Lincah Malaysia. Silat yang berada di peringkat negeri menjadi anggota PESAKA Negeri. Kerana di Malaysia ada banyak aliran perguruan jenis psilat yang memiliki badan induk di Indonesia, maka PESAKA Malaysia dengan resmi diakui sebagai menjadi anggota pendiri Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) yang terdaftar pada didirikan 11hb. Mac 1980 di Jakarta Indonesia.

Media 
Sosial

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Instagram
bendera pesaka siaz kecik-01.png
bottom of page